KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Jangan Salahkan Malaysia! – Hishammuddin
KUALA LUMPUR – Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Beliau berkata menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya.
Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac.
“Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan.
“Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuaaa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu.
“Tapi, apa yang penting sekarang adalah memandang ke hadapan dan kami bergerak ke fasa seterusnya dalam usaha mencari. Adalah tidak wajar bagi anda hendak menyalahkan Malaysia. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi sesuatu yang dunia tidak pernah menghadapinya sebelum ini. Apakah tanda aras yang hendak anda jadikan ukuran?” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Hishammuddin berkata maklumat akan diberi apabila pesawat berkenaan atau kotak hitam dijumpai. – Sinar Harian
Labels:
MH370
Catat Ulasan