Home » » MH370: Mengetahui kebenaran lebih penting dari soal hak milik kotak hitam - Hishammuddin

MH370: Mengetahui kebenaran lebih penting dari soal hak milik kotak hitam - Hishammuddin


KUALA LUMPUR: Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih penting daripada isu hak milik kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Itu reaksi Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, apabila ditanya tentang siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam itu sekiranya ditemui kelak.

"Saya tidak fikir ia adalah penting siapa yang sepatutnya mempunyai hak. Yang penting, adalah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

"Dan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, kami semestinya akan dedahkan kandungan kotak hitam," katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin turut menerangkan tujuan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berada di London.

"Kabinet telah mengarahkan Peguam Negara untuk melihat kepada segala implikasi undang-undang. Sama ada ia amalan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) atau sama ada ia adalah satu cabaran yang melibatkan diplomasi kerana anda perlu faham ia melibatkan 40 negara.

"Kita ada cabaran diplomatik, kita ada cabaran undang-undang, kita ada cabaran keluarga. Itulah sebabnya kita telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa supaya tanggungjawab ini boleh dibahagikan di kalangan mereka yang mempunyai peluang untuk mendapatkan nasihat pakar yang terbaik dan peguam negara adalah tidak ada bezanya.

"Tidak ada pengecualian apabila ia datang kepada tanggungjawabnya dalam mengkaji aspek undang-undang MH370,' katanya.

Sebelum ini Hishammuddin telah berkata Abdul Gani berada di United Kingdom bagi membincangkan bersama ICAO dan pakar-pakar lain berhubung siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam MH370.

Di bawah ICAO, negara asal yang memiliki pesawat itu, iaitu Malaysia, adalah bertanggungjawab untuk melancarkan siasatan dan menjaga bangkai pesawat.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mengetahui-kebenaran-lebih-penting-dari-soal-hak-milik-kotak-hitam-hishammuddin-33947?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger