KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Pencarian diteruskan ke satu jangka waktu yang panjang
KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang masih hilang dijangka akan diteruskan untuk satu jangka waktu yang “panjang”.
Itu antara luahan Perdana Menteri Australia Tony Abbot pada Sabtu, sehari selepas beliau menjelaskan keyakinan bahawa isyarat kotak hitam pesawat tersebut telah dikesan.
Misi mencari pesawat Boeing 777-200 itu yang diketuai oleh pihak Australia sedang berhempas pulas untuk mengumpul seberapa banyak isyarat-isyarat untuk menentukkan kedudukan sebenar pesawat tersebut sebelum bantuan peralatan selaman dasar laut dikerah untuk mencari bangkai pesawat.
“Kami mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isyarat yang diterima itu merupakan isyarat dari pesawat MH370,” kata Abbot pada hari terakhir lawatannya ke China.
Disebabkan itu, “tiada seorang pun sepatutnya memandang rendah cabaran yang dilalui oleh kami,” katanya dalam satu sidang media yang dipancarkan khas oleh Sky Television.
“Benar, kita telah menumpukan dengan lebih khusus kawasan pencarian namun adalah menjadi cabaran berganda untuk mengesan sesuatu yang berada di kedalaman 4.5 kilometer dari permukaan laut yang juga berada di kedudukan ribuan kilometer dari daratan dan misi ini adalah terlalu besar dan berat yang akan dipikul oleh kita semua untuk satu jangka waktu yang panjang,” kata Abbot.
Komen beliau tersebut dibuat sehari selepas beliau mengatakan bahawa terdapat “keyakinan besar” bahawa isyarat yang dikesan itu datangnya dari kotak hitam pesawat MH370 dan bateri kotak hitam itu semakin kehilangan kuasanya setelah hilang lebih dari sebulan.
Empat isyarat yang dikaitkan dengan penggera pesawat tersebut telah dikesan oleh kapal Tentera Laut DiRaja Australia, Ocean Shield yang menggunakan kelengkapan dari Amerika Syarikat.
Dua daripadanya telah dikatakan begitu konsisten dengan isyarat perakam penerbangan pesawat.
“Kami yakin bahawa kami tahu kedudukan perakam kotak hitam pesawat tersebut berada dalam beberapa kilometer ,” kata Abbot di China, negara yang mempunyai hampir separuh penumpang daripada keseluruhan 239 penumpang.
Namun begitu, ketua operasi mencari Angus Houston telah tampil dengan satu kenyataan yang agak berhati-hati bahawa “tiada petunjuk baru dalam pencarian MH370”.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth pada Sabtu menyatakan bahawa kawasan pencarian pesawat tersebut yang dipercayai telah “berakhir perjalanannya” kini telah dikecilkan.
Pencarian pada Sabtu diteruskan dengan 10 pesawat dan 14 kapal terlibat dalam usaha itu.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pencarian-diteruskan-ke-satu-jangka-waktu-yang-panjang-33719?cp
Labels:
MH370
Catat Ulasan