Home » » MH370 Polis siasat agensi pembersihan dan syarikat penyediaan makanan KLIA

MH370 Polis siasat agensi pembersihan dan syarikat penyediaan makanan KLIA


SINTOK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan siasatan tragedi MH370 terhadap agensi pembersihan dan syarikat penyediaan makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu  bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dengan mengumpul bukti-bukti berkaitan.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan.

Pihak polis katanya khuatir ulasan lanjut mengenainya akan mengganggu perjalanan proses siasatan.

Setakat ini, polis sudah mengambil lebih 200 keterangan pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dan  lebih ramai individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Beliau ditemui semasa majlis penutup kejohanan sepak takraw dan bola jaring Piala Ketua Polis Negara di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Kedah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/polis-siasat-agensi-pembersihan-dan-syarikat-penyediaan-makanan-klia-33764?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger