SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370 Terbang 10 jam tanpa henti
“Walaupun sedikit kepenatan selepas melakukan penerbangan tanpa henti sejak sembilan hari lalu namun kami komited meneruskan usaha menjejaki serpihan pesawat MH370,” kata Ketua Skuadron ke-20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammad Jafri Suboh.
Menurutnya, usaha mengesan serpihan penerbangan MH370 yang mungkin hanyut di permukaan laut akan diteruskan anggota TUDM walaupun tiada sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu ditemui.
“Setakat ini, pihak TUDM menggunakan tiga pesawat Hercules C130 untuk melakukan penerbangan setiap hari dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini.
“Misi pencarian berjalan dengan baik berikutan cuaca agak elok di Lautan Hindi sejak beberapa hari lalu. Cuma ada kalanya pesawat sedikit bergegar akibat merempuh awan pada kedudukan agak hampir dengan permukaan laut,” katanya, semalam.
Beliau berkata, pesawat TUDM perlu terbang selama empat jam untuk tiba ke lokasi pencarian sebelum melakukan misi tinjauan di permukaan laut selama dua jam.
Labels:
MH370
Catat Ulasan