SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Van meletup sebelum terjatuh
Melaka: Seorang kontraktor perumahan nyaris maut apabila van dipandunya terbakar di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, dekat sini, pagi semalam.
Difahamkan, ketika kejadian jam 7 pagi, pemandu van Nissan Vanette dikenali sebagai Wong, 50, sempat menyelamatkan diri selepas menyedari letupan kecil di bahagian enjin kenderaan.
Akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM25,000 apabila van baru dibeli setahun lalu bersama mesin pemotong kayu dan kabel serta peralatan membina rumah musnah.
Menurut sumber, mangsa yang memandu bersendirian difahamkan menyedari kenderaan dipandu mengalami masalah teknikal ketika memasuki simpang berhampiran rumahnya.
“Lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan untuk kembali ke rumah sebelum berlaku letupan kecil sebelum asap tebal keluar dari bahagian enjin.
“Menyedari perkara itu, mangsa cuba mendekati kenderaan, tetapi dikejutkan satu letupan kuat menyebabkan dia terjatuh,” katanya.
Wong berkata, pada masa sama, api di bahagian enjin semakin marak dan menyambar keseluruhan van sebelum dia menghubungi pasukan penyelamat.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ashraf Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.13 pagi.
Katanya, enam pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal dalam 20 minit.
--Hmetro
Labels:
Disaster
Catat Ulasan