Home » » 5 parah, seorang mati ditembak di restoran

5 parah, seorang mati ditembak di restoran


Kuala Lumpur – Seorang lelaki terbunuh manakala lima parah selepas ditembak seorang penjenayah ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian antara 4.30 hingga 5 pagi itu, semua mangsa dihampiri lelaki menaiki Perodua Myvi bersenjatakan pistol yang bertindak melepaskan tujuh das tembakan.
Tembakan jarak dekat itu menyebabkan mangsa berusia 22 hingga 51 tahun cedera antaranya di tangan, kaki, bahu dan pipi.
Mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut namun seorang daripadanya berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital itu.
Polis menemui tujuh kelongsong peluru di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan mengikut 302 Kanun Keseksaan, lapor Hmetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger