Home » » Rakyat Malaysia peluang lihat hujan meteor

Rakyat Malaysia peluang lihat hujan meteor


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memaklumkan, kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.
“Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC, iaitu dari jam 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan,” demikian menurut Angkasa dalam kenyataan pada Jumaat.
Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.
Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit, kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira jam 3 pagi pada tarikh berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit, iaitu sebelum jam 3 pagi dalam tempoh dua hari itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870, lapor Bernama.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger