KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Dipukul bertubi-tubi
DUA adik-beradik menerima jahitan di bahagian kepala mereka selepas dipukul sekumpulan lelaki bersenjatakan batang besi dan kayu di Sungai Merah, Sibu malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 11.15 malam itu, pengadu hanya dikenali Sia, 31, berjalan kaki bersama adik lelakinya, 23, di belakang sebuah bangunan kedai apabila mereka didatangi tiga hingga lapan lelaki yang dikenali oleh adik pengadu.
Adik pengadu kemudiannya dipanggil oleh beberapa orang lelaki berkenaan yang ingin membincangkan hal lama.
Belum sempat mereka bercakap, kumpulan lelaki tersebut terus bertindak memukul pengadu dan adiknya menggunakan besi dan kayu sehingga pengadu rebah.
Bagaimanapun, adik pengadu sempat melarikan diri meminta bantuan daripada ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak jauh dari situ.
Apabila adik pengadu dan ayahnya tiba di lokasi, mereka mendapati sekumpulan lelaki itu masih memukul pengadu bertubi-tubi yang berada dalam keadaan terbaring.
Nasib baik ayah mangsa dan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya meleraikan mereka.
Pengadu dan adiknya mengalami pendarahan di kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.
Menurut pengadu, dia menerima sebanyak 20 jahitan manakala adiknya menerima 10 jahitan, kedua-duanya di bahagian kepala selepas rawatan.
Bertindak daripada maklumat, polis berjaya menahan tiga orang suspek lelaki berumur antara 17 hinga 20 tahun untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Read more: http://www.theborneopost.com/2014/05/10/dipukul-bertubi-tubi/
Labels:
crime
Catat Ulasan