1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Ditemui tertiarap dekat rumah
JERTIH - Seorang warga emas yang merupakan bekas pengurus sebuah kedai pajak gadai di Pasir Putih, Kelantan ditemui mati berdekatan rumahnya di Taman Kukuh Aman Pelagat dekat Kampung Padang Luas di sini, kelmarin.
Mangsa, Sia Moon Hee, 82, ditemui dalam keadaan tertiarap berpakaian lengkap berhampiran sebuah stor di satu kawasan lapang di taman perumahan itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum itu pada hari sama, kira-kira jam 12 tengah hari, isteri mangsa Tai See Mai, 73, mendapati suaminya keluar dari rumah dan tidak diketahui ke mana mangsa pergi.
Menurutnya, sebelum hilang mangsa berada di dalam rumah bersama isterinya, namun selepas isterinya ke dapur dan apabila ke ruang tamu semula, mendapati mangsa sudah tiada.
“Isteri mangsa cari suaminya di dalam bilik rumah termasuk di sekitar taman perumahan itu tetapi tidak menemui mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, isteri mangsa yang bimbang keadaan suaminya yang mempunyai penyakit asma dan nyanyuk telah membuat laporan di Balai Polis Jertih kira-kira jam 3 petang hari sama.
Katanya, pada masa sama usaha mencari dilakukan oleh penduduk taman dan jiran.
Kira-kira jam 6 petang mangsa ditemui orang awam.
“Mangsa berpakaian lengkap dengan memakai baju tanpa lengan dan seluar pendek. Unit forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu turut hadir di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang telah tiga tahun bersara sebagai pengurus di pusat gadaian itu hanya tinggal berdua dengan isterinya.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak ada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
--sinar
Labels:
Headlines


Catat Ulasan