KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Ibu maut digilis lori selepas baju tersangkut
IPOH - “Saya cuba mengelak dari dihimpit sehingga ke bahu jalan, namun tidak mampu berbuat apa-apa selepas baju ibu saya tersangkut pada bahagian tepi lori, sebelum dia terjatuh atas jalan dan digilis lori berkenaan,” kata K Sundramoorthy, 33, menceritakan bagaimana ibunya E Ponnamah, 66, yang membonceng motosikalnya terjatuh dan dilanggar lori dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Padang Tembak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ke rumahnya di Kampung Tawas, di sini, bersama anak lelakinya menaiki sebuah motosikal maut ditempat kejadian selepas digilis dan diseret sebuah lori sejauh beberapa meter.
Sundramoorthy berkata, dia membawa ibunya ke HRPB untuk menjalani rawatan mata pada kira-kira jam 8 pagi dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di kawasan kejadian, dia memperlahankan motosikalnya dan mendakwa sebuah lori datang dari belakang menghimpitnya.
“Saya cuba brek dan mengelak, tetapi gagal…Apa boleh buat, kalau tuhan nak ambil (ibu), saya elak macam mana pun, tuhan ambil juga,” katanya sayu.
Keadaan di lokasi juga menjadi kecoh dan sedih apabila beberapa ahli keluarga yang tiba di tempat kejadian meratapi kematian mangsa serta memarahi Sundramoorthy.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang anak mangsa sebaik sampai di tempat kejadian dipercayai bergesel dengan lori yang sedang berhenti di lampu isyarat merah, lapor Hmetro.
Labels:
Disaster
Catat Ulasan