SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Gurauan bawa padah
KUANTAN - Akibat gurauan berlebihan, dua pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Pelangai dekat Bentong, parah selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama mereka petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata, dalam kejadian 6.40 petang itu, Muhamad Izzudin Mohd Saadan dan Hamirul Haqimi Hanafi, masing-masing berusia 13 tahun, cedera di muka dan badan.
“Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar terbabit saling bergurau sebelum seorang daripada mereka mengangkat seorang lagi ke atas tembok kaki lima bangunan.
Bagaimanapun pelajar yang diangkat itu tergelincir dan terjatuh namun dapat dipaut oleh rakannya sebelum kedua-duanya terjatuh, katanya.
“Keluarga kedua-dua pelajar terbabit sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.
“Kita masih menunggu keadaan mereka stabil sebelum diambil keterangan” katanya, lapor Bernama
Labels:
Headlines
Catat Ulasan