Home » » Kedah berkabung

Kedah berkabung


Alor Setar: Suasana pilu menyelubungi rakyat Kedah yang hadir di Makam Diraja Langgar, di sini, sebaik jenazah Almarhum Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, tiba di pekarangan makam untuk disemadikan, semalam.

Jenazah Almarhum Tunku Annuar selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, di sini, jam 5.20 petang selepas diarak 20 kilometer menaiki pedati diraja melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung dan seterusnya ke Jalan Langgar.

Terdahulu, Almarhum yang juga Tunku Bendahara Kedah mangkat pada jam 12.20 tengah malam semalam di Hospital Pantai Ipoh, Perak akibat serangan jantung ketika berhenti makan di Ipoh sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Istana Kuala Cegar sebelum ke Balai Penghadapan di Istana Anak Bukit untuk disembahyangkan dan dibawa berarak ke Makam Diraja Jalan Langgar pada jam 3.40 petang untuk disemadikan selepas solat Asar.
Sebaik jenazah Almarhum disembahyangkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda penghormatan terakhir.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger