Home » » Terkini Tentera Laut AS temui badan kapal hilang

Terkini Tentera Laut AS temui badan kapal hilang


LAUT ATLANTIK – AMERIKA SYARIKAT.  Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat dilaporkan menemui badan kapal layar UK Cheeki Rafiki yang hilang sejak 15 Mei lalu di utara Laut Atlantik, semalam.

Menurut pengawal pantai AS, perenang pasukan penyelamat telah mengetuk badan kapal untuk memastikan mangsa masih hidup namun tiada jawapan.

“Rakit keselamatan yang ada di dalam kapal tersebut tidak digunakan dan masih dalam keadaan baik,” katanya yang dipetik portal BBC, hari ini.

Difahamkan, kapal  tersebut dilayari oleh empat kru iaitu Paul Goslin, 56, dari West Camel, Somerset; Steve Warren, 52, dari Bridgwater, Somerset; Andrew Bridge, 22, dari Farnham, Surrey; dan James Male, 22, dari Romsey, Hampshire.

Kapal layar tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari Antigua ke Britain selepas menyertai Minggu Pelayaran Antigua di St. Paul pada 15 Mei lalu.

Operasi menyelamat yang melibatkan dua pesawat dan dua kapal air dikerah sebaik sahaja hubungan komunikasi kapal tersebut dan menara kawalan terputus.

Dalam pada itu, keluarga mangsa yang telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa kekal bertenang sebaik sahaja menerima berita tragedi tersebut.

“Kami tahu mereka masih hidup di luar sana, sebagai ahli keluarga, kami harus sentiasa berfikiran positif,” kata salah seorang ayah mangsa, Graham Male.

Penemuan pasukan penyelamat mendapati tingkap badan kapal tersebut telah pecah dan kabin kapal layar tersebut telah dipenuhi air.
--sinar
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger