Home » » Khalid Ibrahim bakal saman Manikavasagam kerana tuduhan beli undi

Khalid Ibrahim bakal saman Manikavasagam kerana tuduhan beli undi


Inilah yang dikatakan PAKATAN HARAM Sesama sendiri pun nak saman menyaman dah tak ada kerja lain ke? kalau masaalah dalam BN UMNO Tu nampak sangat,macam nak pecah FB di jaja nya cerita dan berita,masaalah dalam parti sendiri buat buat buta pekak pulak penyokong PR Ni phueee...........................

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam ekoran tuduhan politik wang yang dilemparkan ke atasnya.

Perkara ini disahkan oleh Khalid di dalam laman Twitternya.

Pada Ahad lalu, Manikavasagam yang merupakan calon jawatan ketua bahagian PKR Kuala Selangor dan berdepan satu lawan satu dengan Khalid berkata beliau mempunyai  bukti kukuh tentang politik wang yang diamalkan oleh Khalid.

Manikavasagam berkata beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi.

Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.

"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi.

Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya.

Ekoran itu, Khalid telah menafikan penglibatannya dalam membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR.

Calon timbalan presiden PKR itu bagaimanapun mengaku menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.

Beliau telah turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR.

Pemilihan PKR 2014 pada 11 Mei telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan berikutan dakwaan bahawa proses pengundian dicemari perkara di luar peraturan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/khalid-ibrahim-bakal-saman-manikavasagam-kerana-tuduhan-beli-undi-35746?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger