SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Mohd Jidin, Rosli Dan Nawi Tidak Lompat Parti
Iklim panas yang sedang melanda politik Terengganu menyaksikan beberapa nama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut menjadi sebutan antara yang ‘melompat parti’.
Antara ADUN yang didakwa mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menjadi wakil Bebas adalah Dato’ Mohd Jidin Shafee (Permaisuri) , Nawi Mohamad (Hulu Besut), Ir. Rosli Othman (Kemasik) serta Roslee Daud (Bukit Besi).
Bagaimanapun, Ir Rosli menafikan khabar angin tidak berasas itu dan memaklumkan bahawa beliau tidak pernah berhasrat berbuat demikian.
Sementara itu, Mohd Jidin dan Rosli juga menzahirkan kesetiaan bersama Umno dan menganggap perkara itu hanya spekulasi oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan politik yang sedang bergolak di Terengganu.
Pada masa yang sama, Nawi yang turut menjadi bahan khabar angin itu, juga menafikan kenyataan itu, sebaliknya beliau tetap teguh bersama parti.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar yang juga Adun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan diri mereka keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, semalam.
Kejadian itu rentetatan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar semalam dan majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar yang baharu, malam tadi.
Berikutan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti Pas (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas.
Labels:
Politics
Catat Ulasan