Home » » Ngeri, tangan kanak kanak tersepit di eskalator

Ngeri, tangan kanak kanak tersepit di eskalator


Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terselamat daripada kehilangan tangan kanannya selepas tersepit di celah tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis lepas.
Gambar-gambar saat mendebarkan anggota Bomba dan Penyelamat Kajang menyelamatkan kanak-kanak itu dikongsikan laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menurut laporan blog Sebastian Phiu.
Bilik kawalan Kajang menerima panggilan khidmat khas pada pukul 4.39 petang berkenaan kes tangan tersepit di eskalator.
Bomba Kajang menghantar lima orang anggota ke lokasi kejadian yang tidak didedahkan dan tangan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan, lapor Mynewshub.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger