Home » » Pakaian Rebecca dikecam lagi

Pakaian Rebecca dikecam lagi


Beberapa minggu lalu, pelakon yang sudah berhijab, Rebecca Nur Islam dikecam peminat kerana memakai baju merah ketat yang disamakan dengan watak program kanak-kanak Te­letubbies ketika meraihkan ulangtahun kelahiran rakannya. Apabila kontroversi itu reda, Rabecca pun sudah meminta maaf, ramai menyangka beliau sudah insaf dan belajar dari kesilapannya.
Ramai juga yang berharap agar Rebecca lebih berhati-hati mengenakan pakaian bersesuaian dengan imejnya bertudung. Namun ternyata harapan berkenaan tinggal harapan. Ternyata Rabecca masih belum serik. Ibaratnya, cakap tidak serupa bikin.
Baru-baru ini, aktres berusia 28 tahun itu kembali mengejutkan dunia hiburan apabila sebuah video Instagram yang dikongsikan seorang kenalan Rebecca jelas memaparkan beliau dengan berani memakai baju berwarna tanah yang melekap tubuh dan singkat paras betis di sebuah majlis. Menerusi rakaman video berkenaan, jelas kelihatan pelakon itu memakai gaun potongan sendat paras betis, tetapi bahagian atas lengkap bertudung.
Perkara tersebut mendapat perhatian wartawan Harian Metro yang kemudian berkongsi sebuah artikel di ruangan selebriti, Metro Ahad. Pada penulis berkenaan, Rabecca mungkin sekadar berfesyen ketika nekad mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu.
Apapun tak salah kalau kita terus doakan yang terbaik buatnya, lapor ammoi.com
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger