SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Pelajar bergaduh hingga putus telinga
SEREMBAN – Hanya kerana tidak puas hati, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Rembau dekat sini sanggup menyerang rakan sekelasnya dengan objek tajam sehingga putus telinga kanan.
Kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika pelajar terbabit mencabar mangsa bersemuka dengannya di luar kawasan sekolah selepas mereka berbalah.
Pada waktu itulah pelajar tersebut yang sudah pun memegang objek tajam terus menyerang mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada telinga kanannya.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom yang mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu telah bertengkar tentang banyak perkara sehingga berakhir dengan pergaduhan di luar kawasan sekolah.
“Pelajar yang menyerang mangsa kini di bawah jaminan polis,” katanya di sini hari ini.
Difahamkan mangsa yang putus telinga itu mengalami pendarahan yang teruk dan telah dikejarkan ke klinik berdekatan sebelum dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban lebih seminggu.
Labels:
crime
Catat Ulasan