Home » » Rakyat Malaysia berpeluang lihat hujan meteor hari ini, esok

Rakyat Malaysia berpeluang lihat hujan meteor hari ini, esok


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis dari 2 hingga 4 petang bermula hari ini dan esok.
Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan, hujan meteor tersebut boleh dilihat dengan mata kasar kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam.
“Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan,” kata Angkasa dalam kenyataanya pada 9 Mei.
Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.
Selain itu, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok.
Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum pukul 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.
Namun begitu pihak pengurusan Planetarium Negara tidak mengadakan sebarang aktiviti melihat kejadian hujan meteor pada 23 dan 24 Mei ini, lapor Astro Awani.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger