Home » » Dyana akan tinggalkan DAP, kata Tunku Aziz

Dyana akan tinggalkan DAP, kata Tunku Aziz


KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim percaya Dyana Sofya Mohd Daud akan meninggalkan parti itu apabila dia menyedari ia bukan satu parti berbilang kaum “, lapor Bernama. Tunku Aziz berkata beliau membuat ramalan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri dan tempoh dalam parti yang disertainya selama hampir empat tahun. Beliau menyertai DAP pada Ogos 2008 dan meletak jawatan seterusnya mengumumkan keluar parti itu pada Mei 2012. “Jika dia menyedari bahawa ini bukan sebuah parti berbilang kaum, ia terpulang kepada beliau (untuk meninggalkan parti). Beliau menyertai DAP mempercayai segala-galanya mengenai parti,” katanya kepada Bernama. Dyana Sofya , 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Teluk Intan. angi kerusi itu dengan 7313 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Ketika ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP adalah sama dengan beliau, Tunku Aziz menjelaskan beliau telah dijemput untuk menyertai parti itu bukan untuk kedudukan atau platform tetapi untuk melawan rasuah. “Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah tetapi tidak menentang kerajaan seperti apa yang mereka telah lakukan. Saya menyertai demi negara ini dan masyarakat,” Bernama memetik beliau sebagai berkata. Ketika bersama DAP, Tunku Aziz dilantik sebagai naib presiden parti itu dan pada 31 Mei 2009, beliau telah dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang. Pada Mei 2012, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya daripada parti dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0. yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, lapor Astro Awani.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger