Home » » Misteri tapak kaki gergasi gemparkan penduduk Puchong

Misteri tapak kaki gergasi gemparkan penduduk Puchong


PUCHONG - Penduduk Kampung Seri Aman Dalam, Puchong berasa bimbang selepas penemuan tapak kaki gergasi berukuran 23 inci yang didakwa milik bigfoot.
Pelik dengan penemuan tersebut, laporan polis telah dibuat oleh Kamaruddin Isamail, 68, yang menemui bekas tapak kaki bersaiz gergasi berhampiran padang di Lot 123, Lorong 4, Kampung Seri Aman jam 9.55 pagi Isnin.
Dalam laporannya itu, beliau menyatakan bahawa bekas tapak kaki berkenaan berbentuk kaki manusia yang berukuran 23 inci.
Kamaruddin mengesahkan terdapat empat bekas tapak kaki yang ditemuinya tetapi hanya tiga daripadanya kelihatan jelas.
“Penemuan ini sesuatu yang pelik kerana sejak 30 tahun saya tinggal di sini saya tidak pernah melihat tapak kaki ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, laporan itu dibuat kerana berasa kejadian ini suatu yang luar biasa dan pihak polis telahpun datang bertemu dengannya selain pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Wakil dari Perhilitan datang berjumpa dengan saya dan mereka memberitahu yang mereka tidak pernah melihat perkara seperti ini dan tidak dapat menentukan jenis bekas tapak kaki itu.
“Ia suatu yang sangat pelik dan sangat membimbangkan,” katanya sambil menyangkal dakwaan bekas tapak kaki itu milik gergasi atau jin.
Kamaruddin juga akan menemui jawatankuasa kampung malam ini untuk mendapatkan kepastian mengenai bekas tapak yang ditemuinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Razimi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, lapor The Rakyat Post.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger