LATEST NEWS

Rakyat Malaysia diperkosa di Jaipur


NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.


Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.


Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun menghubungi mangsa.

"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi hari ini.

Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama

Dua beradik dicekup khalwat


PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.

Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.

Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.

"Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

“Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.

“Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Bunuh diri selepas lihat wajah kekasih


GARA-GARA terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindakmembunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.
Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet.
Pasangan itu berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.
Kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik.
“Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.
Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri.
Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otaknya, lapor Mynewshub.

Ibu lakukan seks dengan remaja 15 tahun


SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.
Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.
Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar “berpelukan dan bercumbuan” sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.
Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang ‘kanak-kanak’ di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.
Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.
Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: “Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.
“Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.
“Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia,” katanya, lapor mStar.

Penutupan pusat seks dibantah


SURABAYA – Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.
Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu.
Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia.
Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini.

Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia.
Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup
Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut.
Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.
“Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing,” kata seorang aktivis tempatan, Anisa.
“Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini,” tambahnya.
Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup.
Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka, lapor AFP.

Perkosa Gadis Bawah Umur Lelaki DiSebat lapan kali di mahkamah


Ampang: Seorang penuntut kolej mendapat pembalasan dan pengajaran apabila disebat lapan kali menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.

Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

 Bagaimanapun hukuman sebatan ringan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah bagi pertuduhan kedua.

Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dalam tempoh tiga bulan, setiap hari selama empat jam ke atas tertuduh mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, pada prosiding hari ini, tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.

Sesekali, tertuduh mengaduh kesakitan ketika disebat.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.

Selepas dia disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap tertuduh.

Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di sebuah rumah, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
--Hmetro

Video Budak Sekolah Gaduh lagi,Sampai terboge**


Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan pihak sekolah?lagi tak patut..mana tidaknya jika pelajar melakukan kesalahan dan didenda,ibubapa pula yang akan ambil tindakan terhadap guru tersebut,silap haribulan ada guru yang pecah muka.

Sukar untuk kita rungkaikn permasaalah sosial anak-anak muda kini,akibatnya lihat sendiri video dibawah..


MF hairan kebanyakan yang MF tengok video gaduh yang melibatkan pelajar perempuan mahupun lelaki,rata-ratanya semua datang dari pantai timur,kalau bukan kelantan mesti terengganu,Yang lebihnya KELANTAN la...

Ape kesss..Masih kurang didikan agama ke dekat sana? ulamak-ulamak PAS tak tarbiyah ke diorang ni agar menjadi insan contoh..maklumlah tinggal di serambi MEKAH tu.. sumber >http://korekcium007.blogspot.com/2014/06/budak-sekolah-gaduh-lagisampai.html

9 Keping Gambar Kemalangan Jalan Kampong Air Tawar Endau

4.6.2014: Kemalangan Jalan Raya melibatkan 3 buah kereta berhampiran Kampong Air Tawar Endau Info dikongsi bersama oleh Rakan Fb Bomba ( Silatang Bugis dan Sulong Khaled)
Sumber :FB Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Bila DAP Kalah Di Teluk Intan Pas Yang Jadi Mangsa


12 hari berkempen, muslimat PAS sanggup meredah hujan, terjun longkang, minum air parit masuk ceruk kampung,masuk pasar babi kandang lembu berjemur tengah panas dalam hujan berkempen merayu undi membodek undi untuk pastikan calon DAP menang di Teluk Intan.
Namun, apabila calon DAP tersebut mengalami kekalahan 238 majoriti, pemimpin DAP dengan lantang menyalahkan PAS lah punca kekalahan mereka di Teluk Intan.
Saya tidak pasti kenapa PAS terlalu baik dengan DAP walaupun diperlakukan seumpama keldai. PAS mahu laksana hudud tapi DAP tentang hudud. PAS mahu sebuah negara Islam, DAP juga lawan.
PRK Teluk Intan, kita boleh saksikan yang jentera hijau PAS lebih ramai berbanding jentera merah DAP. Tapi PAS juga disalahkan. Tapi sehingga kini ahli PAS boleh tersengih-sengih macam kerang busuk.yang mampus akibat lama terjemur di tengah panas. biar di maki hamum, di halau dari pakatan rakyat,pas tetapa dengan muka ala Si Luncai bodoh masih setia di sisi DAP.demi untuk menuju ke putrajaya, demi putrajaya, hudud entah kemana bab kata pepatah Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Janda sorok dadah dalam kemaluan


BANDUNG – Kerana cinta, seorang janda beranak dua sanggup membahayakan dirinya dengan menyeludup dadah jenis syabu seberat 25.3 gram yang disembunyi di dalam kemaluannya di penjara Banceuy, lapor media semalam.
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada salah seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek.
Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit, lapor Utusan.

Pelayar Britain dakwa nampak MH370


PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.

Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

Menurutnya ketika kejadian, suaminya Marc Horn, 50 bersama beberapa krew sedang tidur di bawah dek kapal dan dia sedang melakukan pemantauan di waktu malam .

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Tambahnya, dia dapat melihat garis asap hitam  yang terhasil dari belakang pesawat terbabit di sepanjang laluan kapal terbang di udara.

“Sekurang-kurangnya ada dua pesawat terbang melalui ruang udara dari arah bertentangan pada masa itu, saya fikir mungkin pesawat lain mungkin melihat kebakaran yang terjadi pada badan pesawat tersebut dan melaporkannya serta-merta,” jelasnya.

Tee yang agak tergamam dengan cahaya api tersebut kemudiannya beranggapan mungkin ianya cahaya dari meteor.

“Saya masih ingat pesawat itu datang dari arah utara dan meluncur terbang dengan api marak pada badan pesawat menuju ke arah selatan,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, sebaik sahaja berita kehilangan MH370 kedengaran melalui radio kapal, Tee dan suaminya mula menyemak semula log perjalanan mereka.

Pasangan tersebut kemudiannya mula menyedari kemungkinan objek terbakar yang terbang di ruang udara merupakan pesawat MH370.

“Kami melihat semula data perjalanan yang telah kami rekodkan sejak awal dan salah satu laluan laut yang kami lalui hampir sama dengan laluan udara di mana pesawat tersebut dilaporkan hilang,” kata Tee.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Operasi cermin gelap diteruskan 16 Jun – Polis


PETALING JAYA - Operasi cermin gelap yang dijadualkan pada 16 Jun ini akan diteruskan, kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff.
Beliau berkata, keputusan mengenai kadar telus cahaya yang baharu akan diketahui dalam beberapa hari dan ia tidak mengganggu perancangan pihaknya itu.
“Keputusan rasmi mengenai usul Kadar Ketelusan Cahaya (VLT)pada cermin gelap belum diputuskan lagi.
“Jadi, kita akan teruskan operasi cermin gelap bermula 16 Jun ini dan sehingga tarikh itu, pengguna kenderaan masih boleh mengubahsuai mengikut peraturan ditetapkan.
“Dan jika dalam masa terdekat ini keputusan muktamad dibuat, kami akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu,” jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Mohd Fuad enggan mengulas lanjut mengenai usul mengurangkan penggunaan VLT di bahagian belakang kepada 30 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.

“Saya perlu lihat sendiri sejauh mana gelap penggunaan 30 atau 25 peratus cermin itu dan sehingga itu segalanya berjalan seperti biasa,” tambahnya.
Sebelum ini, pihak trafik memberi tempoh sebulan bermula 15 Mei hingga 16 Jun kepada pengguna cermin gelap untuk menukar kepada penggunaan cermin gelap pada kadar dibenarkan.
Bagaimana pun timbul pelbagai pandangan mengenai penggunaan cermin gelap ini sehingga Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu.
Hasil daripada pembentangan di bengkel itu, rumusan dicapai untuk mengesyorkan penggunaan VLT di cermin depan sebanyak 70 peratus, dan 50 peratus di bahagian sisi pemandu dikekalkan, manakala untuk cermin sisi penumpang dan lain-lain disyorkan VLT diturunkan sebanyak 30 peratus, lapor mStar.

Mayat bayi dalam gaung: Wanita dakwa diperkosa ejen pekerja asing


Kuala Lumpur – Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.
Ibu bayi itu yang berusia 30-an mendakwa dia dirogol oleh seorang pelanggan agensi pekerja asing sehingga melahirkan anak berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata selepas wanita itu dimaklumkan oleh majikan mengenai kehilangan anaknya, dia cuba menghubungi majikannya yang berusia 41 tahun tetapi gagal.
Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis pada 31 Mei lalu, sekali gus membongkar kejadian yang menimpa dirinya yang menjadi mangsa rogol.
Berdasarkan laporan wanita itu, polis menyerbu asrama pekerja agensi berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam, dan menemui tiga wanita warga Indonesia. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal dikesan.
“Dengan bantuan wanita itu, polis berjaya memujuk isteri lelaki berkenaan untuk datang ke asrama berkenaan sebelum ditahan, jam 4 petang semalam (kelmarin).
“Selepas isterinya ditahan, suspek menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya, semalam.
Abdul Samah berkata, lelaki itu kemudian mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia di asrama pekerja pada Sabtu lalu.
Selepas itu, dia membungkus mayat bayi berkenaan dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands.
“Suspek memberitahu mayat bayi itu dibuang ke dalam gaung manakala bagasi dibuang di satu lokasi di Gohtong Jaya,” katanya, lapor Berita Harian.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger