LATEST NEWS
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Video Budak Sekolah Gaduh lagi,Sampai terboge**


Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan pihak sekolah?lagi tak patut..mana tidaknya jika pelajar melakukan kesalahan dan didenda,ibubapa pula yang akan ambil tindakan terhadap guru tersebut,silap haribulan ada guru yang pecah muka.

Sukar untuk kita rungkaikn permasaalah sosial anak-anak muda kini,akibatnya lihat sendiri video dibawah..


MF hairan kebanyakan yang MF tengok video gaduh yang melibatkan pelajar perempuan mahupun lelaki,rata-ratanya semua datang dari pantai timur,kalau bukan kelantan mesti terengganu,Yang lebihnya KELANTAN la...

Ape kesss..Masih kurang didikan agama ke dekat sana? ulamak-ulamak PAS tak tarbiyah ke diorang ni agar menjadi insan contoh..maklumlah tinggal di serambi MEKAH tu.. sumber >http://korekcium007.blogspot.com/2014/06/budak-sekolah-gaduh-lagisampai.html

Video Pelajar perempuan dibelasah teruk Menjadi Viral di FB


Kuala Lumpur – Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnyat
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Xpe..  nanti aku nk repot polis.
Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot…so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.
Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui, lapor Hmetro.

Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan

Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai. Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di Makhamah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut. Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat,” ujar Abby Abadi, lapor Melvister.com

Video Emak mangsa rogol rotan suspek di Pantai Tujuh Tumpat


Jenayah rogol semakin menjadi-jadi... Difahamkan suspek telah merogol mangsa berumur 12 tahun, kejadian berlaku di Pantai Tujuh Tumpat Kelantan, ada sebarang info berkenaan video ini,

[VIDEO] Rakaman CCTV Mahasiswi Malaysia Diperkosa Di Indonesia Tersebar


Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan dirogol oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan.

Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu;

baca lagi :http://lamanizzs.blogspot.com/2014/05/video-rakaman-cctv-mahasiswi-malaysia.html

Video : Pemilihan PKR 2014 Pergaduhan Antara Penyokong Abdullah Sani Dengan Radhakrishnan


Satu pergaduhan telah tercetus ketika proses pembuangan undi di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari tadi. Pergaduhan membabitkan penyokong-penyokong dua orang calon Ketua Cabang Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Pergaduhan mulai tercetus lebih kurang pukul 11:00 pagi. Walaupun dikatakan punca pergaduhan adalah disebabkan beberapa orang lelaki Melayu yang merupakan penyokong tegar Abdullah Sani menceroboh masuk ke dewan pengundian yang kemudian dibantah oleh para penyokong Radhakrishnan namun, sumber memberitahu punca sebenar pergaduhan tersebut adalah apabila salah seorang daripada lelaki Melayu yang menyokong Abdullah Sani berteriak 'PARIA! PARIA!' kepada penyokong-penyokong Radhakrishnan yang cuba merempuh masuk dewan pengundian bagi menghalang perbuatan sabotaj penyokong Abdullah Sani.

Hampir-hampir sahaja berlaku pergaduhan berdarah kalau tidak dileraikan oleh para petugas pemilihan. Pekarangan dewan tempat berlangsungnya proses pemilihan riuh rendah dengan jerit pekik serta maki hamun kedua-dua belah penyokong.

Memandangkan keadaan semakin tegang, satu perbincangan telah diadakan membabitkan calon-calon Ketua Cabang. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk, akhirnya JPP memutuskan untuk meneruskan proses pengundian dengan tambahan masa mengundi sebanyak satu jam dan pusat pengundian hanya akan ditutup pada pukul 6:00 petang.

Video Proton Saga BLM diguna dalam serangan bom?


SHAH ALAM – Sebuah klip video berdurasi 3 minit 32 saat, dikesan tersebar di laman YouTube sejak beberapa bulan yang lalu, menunjukkan sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM digunakan untuk melancarkan serangan bom.

Difahamkan video berkenaan dirakam di Syria oleh anggota kumpulan pejuang di sebuah bandar bergolak.

Durasi satu setengah minit pertama, menunjukkan individu terbabit mengisi bom serta memasang alat kawalan jauh pada kereta berkenaan agar dapat dipandu secara elektronik.

Pada minit terakhir, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki menuju ke satu lokasi dan ditinggalkan. Kereta itu kemudiannya, dikawal menggunakan alat kawalan jauh ke  sasaran sebelum bom diledakkan.

Video yang dimuat turun ini telah ditonton sebanyak 4723. --sinar

Video Peragut Sembunyi Dalam Longkang Selepas Kantoi


Seorang peragut terpaksa menyembunyikan dirinya dalam sebuah longkang di sebuah tapak perumahan yang masih lagi belum berpenghuni selepas perbuatannya kantoi dilihat orang ramai di Bandar Mahkota Cheras, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di bawah ini, peragut itu telah dikepung selain orang ramai menjerit menyuruhnya menyerah diri.

Dapat didengar suara peragut tersebut menangis sambil ditengking orang awam di situ.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Namun, bagi penulis orang awam yang berada di situ tidak perlu lah terlampau beremosi..

Macam mana nak keluar serah diri, kalau orang kat situ pun dah macam samseng. – MYNEWSHUB.MY

Video seram lelaki diserang entiti misteri tersebar


Tidak dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.
Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.
Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.
Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.
Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.
Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI, lapor Mynewshub.

VIDEO: Bila Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura…


MENERUSI video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.

Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.

Namun, ternyata aktiviti ‘memakan pisang’ ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.

Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.

Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang…mynewshub

PKR masih berpegang kenyataan bersama 2011


KUALA LUMPUR -   PKR masih berpegang kepada kenyataan bersama PR mengenai isu hudud yang diputuskan pada 2011 biarpun setelah diberi penjelasan oleh Pas Pusat dan Kerajaan Kelantan dalam mesyuarat majlis setiausaha agung PR hari ini.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menegaskan PKR masih menghormati dan akur kepada kenyataan bersama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pendirian parti itu tidak berubah.

"Sebarang kenyataan (isu hudud) telah dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi PR sebelum ini dan  kami mematuhi ketetapan yang telah dibuat.

"Mesyuarat hari ini membincangkan banyak perkara termasuk isu itu (penjelasan hudud), malah pimpinan PR selalu berjumpa berbincangkan banyak perkara khususnya agenda bersama," katanya kepada pemberita di pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut mesyuarat khas majlis setiausaha agung PR hari ini mengenai penjelasan Pas Pusat dan Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pertemuan tertutup hampir tiga jam itu adalah inisiatif Pas untuk menjelaskan dan memberi kefahaman tentang hasratnya melaksanakan hukum hudud kepada semua pihak termasuk rakan sekutunya, DAP dan PKR.

PKR diwakili Naib Presidennya, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa manakala DAP pula diwakili Pengarah Pendidikan Politiknya, Liew Chin Tong; Timbalan Setiausaha Agung, Ngeh Khoo Ham; Naib Pengerusi, Teresa Kok Suh Sim dan Pengarah Strategi, Ong Kian Ming.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan respon daripada Ahli Parlimen Seputeh itu namun beliau kelihatan agak sugul dan enggan memberikan sebarang komen berkenaan pertemuan khas itu.

Manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pula meninggalkan mesyuarat lebih awal sambil memberi alasan beliau bergegas pulang ke Pulau Pinang, tengah hari tadi.

---sumber-sinarharian

Rakaman Video Pesawat Terhempas Di Kota Bharu

Sumber Video YouTube

Video serbu pesta hari jadi liar tersebar


GEORGE TOWN – Keghairahan sambutan hari jadi yang berlangsung di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri di sini terbantut, selepas 88 orang termasuk 16 pelajar yang sedang berpesta dalam keadaan mabuk dan khayal dicekup polis selepas mengepung rumah itu.
Semasa serbuan pada pukul 2.45 pagi oleh pasukan polis Narkotik, rata-rata muda-mudi yang berumur antara 16 dan 35 tahun itu dalam keadaan separuh sedar dipecayai akibat minum minuman keras atau dadah selain bunyi muzik yang kuat.
Mereka yang ditahan itu membabitkan 86 remaja Melayu dan dua Cina. Selain itu, ketika ditahan hampir kesemua peserta wanita hanya berseluar pendek dan baju tanpa lengan.

PANASSS VIDEO: Teresa Kok Diragut Depan Rumah


Antara ahli politik Malaysia yang kerap mempunyai ‘cerita panas’ adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Cerita terbaru tentang Teresa, dia nyaris menjadi mangsa ragut pada kejadian 13 April lalu.

Menurut Teresa menerusi status Facebook, dia sedang membawa dua anak saudaranya bersiar-siar sekitar rumah ibu bapanya di Jalan Selama, Taman Rainbow, Kuala Lumpur pada jam 7 petang apabila dua lelaki yang menunggang motosikal muncul lalu cuba meragut rantai lehernya.
Dia yang terkejut terjatuh sebelum berlari ke belakang kereta untuk menyelamatkan diri.

Pembonceng motosikal dikatakan tidak putus asa apabila cuba mengejar Teresa namun berpatah balik selepas melihat ada kereta melalui kawasan tersebut.

Dalam laporan polis yang dibuat, Teresa berharap pihak polis mengadakan rondaan lebih kerap untuk mengelak kejadian berulang.

Hari ini, Teresa mengadakan sidang media bersama Tian Chua bagi menceritakan kejadian menimpanya.

Kata Teresa, anak buahnya kini mengalami trauma dan enggan ke sekolah kerana kejadian terbabit.

Di bawah adalah video daripada rakaman CCTV memaparkan cubaan ragut yang menimpa Teresa. – MYNEWSHUB

"Zikir Raba" Dalam Gelap ?? Versi Disco Ajaran Mana Pulak NI???


BUDAYA mengalunkan qasidah ketika ini dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai khususnya melalui penganjuran Malam Selawat Perdana dan Malam Cinta Rasul di negara ini.
Biasanya alunan qasidah ini dipelopori oleh Habib Syech As Seggaf yang berasal Pasar Kliwon di daerah Surakarta di Indonesia.
Penganjuran majis sama turut diadakan di beberapa lokasi lain secara persendirian.
Antara alunan qasidah yang popular ialah Ya Hanana yang bermaksud ‘Betapa Beruntungnya Kami’ yang mana ia dialunkan di majlis-majlis kesyukuran dan juga perkahwinan.
Bagaiamanpun tersebar di laman sosial ialah alunan Ya Hanana dalam gaya yang pelik bercirikan ala-ala disko.
Ia dilihat dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook. Video berkenaan menunjukkan gelagat sekumpulan wanita di dalam satu dewan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.’
Ia dialunkan mereka dalam suasana gelap seperti disko dan turut menghayunkan sejenis alat yang memantulkan cahaya yang biasa digunakan dalam pusat hiburan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.
Sudah pasti jika mengalunkan sesuatu berkenaan Islam tetapi mengikut gaya kehidupan Barat yang menyeleweng, ia pasti melanggar syarat-syarat dalam Islam.
Lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam suasana gelap dan kelam.
Tidak dapat dipastikan kumpulan apakah yang mengalunkan qasidah berkenaan. Pemerhatian awal penulis ia adalah seperti sebahagian satu program seminar atau kursus yang diadakan dalam sebuah dewan.
Tindakan pihak penganjur memaparkan pula nama kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, “Zouq” di atas paparan skrin besar di pentas juga tidak diketahui motifnya, adakah hendak mewujudkan suasana sama dengan Zouq dengan cara sebegitu?
Banyak cara untuk membawa golongan muda dekat dengan Rasulullah atau Islam, kalau dengan menyamakan disko dengan agama penulis rasa ia agak tidak sesuai. –MYNEWSHUB.MY

Video bacaan isyarat akustik yang dikesan oleh kapal pencari MH370


Pihak berkuasa Australia telah menyiarkan video yang menunjukkan bacaan isyarat akustik yang dikesan oleh kapal pencari

Video Chinese ship searching for missing Malaysia plane detects signal


BEIJING (Reuters) - A Chinese patrol ship searching for missing Malaysia Airlines flight MH370 detected a pulse signal with a frequency of 37.5 kHz per second in the south Indian Ocean on Saturday, state news agency Xinhua reported.
37.5 kHz per second is currently the international standard frequency for the underwater locator beacon on a plane's "black box".
A black box detector deployed by the vessel Haixun 01 picked up the signal at around 25 degrees south latitude and 101 degrees east longitude, Xinhua said. It has yet to be established whether it is related to the missing jet.
Xinhua also said a Chinese air force plane spotted a number of white floating objects in the search area.
(Reporting by Benjamin Kang Lim; editing by Andrew Roche)

MH370 Siapa saja boleh `terbang’


SUBANG: “Sesiapa saja memiliki komputer boleh beli perisian simulasi penerbangan dan belajar mendaratkan pesawat di lapangan terbang seluruh dunia. “Oleh itu, tuduh Zaharie terbabit dalam insiden MH370 semata-mata kerana memiliki simulator adalah tidak adil.” Itu tegas Pengarah syarikat simulasi penerbangan Simflight KL Kapten Amin Said yang menganggap tuduhan dilemparkan oleh media asing terhadap juruterbang pesawat penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai tidak berasas.

Katanya, satu kebiasaan bagi juruterbang profesional memiliki simulator penerbangan sendiri untuk menambah kemahiran dan pengetahuan mereka, lebih-lebih lagi bagi seorang individu yang amat berminat dalam bidang penerbangan seperti Zaharie.
“Seperti seorang pemuzik ada perisian peralatan muzik yang boleh dimuatkan dalam komputer, begitu juga juruterbang dengan simulasi mereka. Ini adalah sesuatu yang normal untuk menambah kemahiran.

“Saya kenal rapat dengan Zaharie ketika bersama-sama aktif bermain kapal terbang kawalan jauh lewat tahun 90-an. Dia adalah seorang yang periang dan gemar berkongsi pengetahuan dan amat serius dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
“Tak mungkin dia sengaja lakukan sesuatu untuk memudaratkan penumpang dan kru pesawat itu,” katanya di pejabat Simflight KL di sini.


Menurutnya, dia terkejut apabila media asing mengaitkan isu peribadi Zaharie dengan insiden berkenaan dan yakin sahabatnya itu tidak sepatutnya dijadikan kambing hitam dalam isu kehilangan pesawat itu.

Pandangannya terbukti benar apabila Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Zaharie selepas pasukan siasatan meneliti cakera keras dan simulator penerbangan itu.

“Log data yang dipadam adalah untuk mengosongkan ruang dalam cakera keras supaya beban komputer berkenaan dapat dikurangkan seterusnya menambah prestasi simulator berkenaan,” jelasnya mengenai log data yang dipadam.

Sejak siasatan terhadap insiden MH370 bermula, pasukan antarabangsa termasuk Polis Diraja Malaysia dan FBI menyiasat latar belakang peribadi kru pesawat berkenaan untuk mencari punca pesawat itu berpatah balik. Malah, siasatan juga diperluaskan kepada ahli keluarga mereka, kakitangan penerbangan lain serta pegawai dan kakitangan agensi berkenaan.---Harian Metro

MH370 BBC Memang Penipu Sejak Lahir – Tun Mahathir


Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak berita tidak benar disebarkan oleh agensi media asing terhadap Malaysia.

Antaranya:

1. Provokasi
Sering mengeluarkan kenyataan daripada segelintir keluarga mangsa (minoriti) yang memburukkan Malaysia, seperti Malaysia pembunuh, Malaysia menyimpan bukti dan sebagainya. Walaupun ini bukan kenyataan rasmi CNN, tetapi tayangan kenyataan seperti ini mempunyai unsur provokasi yang mampu membuat penonton percaya dan melabel Malaysia dengan sesuatu yang negatif.

2. Kesalahan Maklumat
Terlalu banyak kesalahan fakta disiarkan CNN, dan kesalahan-kesalahan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh media sebesar itu. Kesalahan yang dilakukan adalah menyiarkan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah provinsi di Indonesia. Selain itu, CNN juga tersalah menyiarkan nama Perdana Menteri Malaysia, yang seharusnya Datuk Seri Najib Razak, menjadi Datuk Seri Najib RAHMAN.

3. Fitnah dan Penipuan
Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN menyiarkan berita bahawa pihak Malaysia Airlines hanya memaklumkan perkara ini kepada kaum keluarga melalui SMS. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pihak MAS telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa perkara itu tidak benar. Pihak MAS telah mendekati keluarga mangsa dan juga menghantar SMS dalam masa yang sama agar SEMUA ahli keluarga sedia maklum akan perkara tersebut.

4. Fitnah LAGI!
Memang benar pihak CNN tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam tragedi MH370. Walau bagaimanapun, kita digemparkan dengan kisah hukuman gantung terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Apa kaitan hal ini dengan CNN? Sewaktu penggulingan Presiden Morsi, pihak CNN telah menyiarkan kenyataan seperti berikut :

“Brotherhood’s intentions and Morsy’s credibility started to become troubling when they repeatedly broke their word.”

Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab. Ikhwanul Muslimin memerintah hanya setahun, tetapi kenyataan CNN seolah-olah menuduh Ikhwanul Muslimin gagal dalam setiap aspek melibatkan negara Mesir. Provokasi dan fitnah. Selain itu, bekas wartawan CNN, Amber Lyon mendedahkan bahawa semasa dirinya masih berkhidmat dengan CNN, dia menerima arahan untuk menyampaikan berita palsu dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan awam dalam misi pencerobohan ke atas Iran dan Syria.

CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.

Di bawah adalah video lama memaparkan komen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir berkaitan BBC dan berita palsu yang sering dimainkannya.

 Ternyata, wayang yang dimainkan untuk menyebar agenda tertentu sudah lama diamalkan agensi berita ini.

Justeru selepas membaca berita yang agak samar-samar daripada media asing selepas ini, jadilah orang yang bijak untuk menyelidik lebih luas dakwaan mereka itu.
- MYNEWSHUB

MH370 akan dijejaki walau ke hujung dunia sekalipun

Hishamuddin Tun Hussein Semalam buat pertama kalinya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan Malaysia berkongsi kisah di sebalik tragedi MH370 bersama beberapa media tempatan yang turut dihadiri oleh Editor Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir.


Apa keyakinan yang ada pada Datuk Seri berhubung kehilangan MH370


HISHAMMUDDIN:  Saya tidak pernah mengalah dan tidak akan mengalah selagi MH370 tidak ditemui. Semua yang berlaku ada sebabnya dan Jumaat lalu dalam satu khutbah yang saya rasa ditujukan untuk saya (Hikmah Dalam Ujian), saya selalu tanamkan dalam diri, setiap apa yang saya lalui saya buat yang terbaik dan saya tawakal kepada ALLAH.

Dan dalam kes MH370 ini yang saya lihat bukan sahaja ia  unik kepada Islam tetapi agama-agama lain pun turut  memberi kekuatan kepada kita. Dalam kehilangan ini kita kena cari kekuatan kita yang tersendiri, dan secara peribadi untuk  diri saya, saya hanya lakukan yang terbaik  mampu saya lakukan.

Jika diikutkan apa yang berlaku terhadap MH370 dan peristiwa Lahad Datu, Lahad Datu lebih mencabar. Tidak sukar untuk kita lakukan yang terbaik dalam kes MH370  ini kerana ramai yang  tampil  membantu.

Itu hikmah dalam ujian yang diberikan Allah SWT  kepada diri saya dan kepada  umat Islam di Malaysia. Hikmah yang saya lihat setakat beberapa hari yang kita lalui ini, kita bersatu. Kita masih lagi bersemangat dan kita tidak kecewa atau berputus asa.  Ini merupakan satu kekuatan yang ada pada kita sebagai sebuah negara  yang boleh diletakkan sebaris dengan  negara-negara  lain  di luar sana.


Apa yang Datuk Seri sering hadapi apabila berjumpa dengan keluarga atau waris penumpang MH370?


HISHAMMUDDIN: Pagi tadi (semalam), saya  sempat  berjumpa dengan keluarga penumpang bukan sahaja  dari Malaysia tetapi dari luar negara termasuk China. Satu permintaan mereka  untuk operasi SAR dan untuk dunia supaya  terus mendoakan penumpang selamat.

Saya sudah nyatakan dahulu walaupun mungkin tipis kedudukan mereka, tetapi kita terus mendoakan dan operasi mencari dan menyelamat sentiasa memberi keutamaan kepada penumpang-penumpang dan anak kapal. Itu satu harapan yang saya sangat  memahaminya.

Ia datang dari keluarga dan saya harap orang ramai  sensitif terhadap  harapan mereka itu. Saya beri jaminan walaupun keadaan jauh dan terpencil, kita akan tetap menjejaki dan mencari di mana MH370.



Apa penanda aras untuk kita meletakkan kemajuan dalam pencarian MH370?


HISHAMMUDDIN: Susah untuk kita membuat penanda aras kerana apa yang berlaku kepada MH370 adalah perkara yang luar biasa. Dunia tidak pernah melaluinya. Kita terpaksa mengkoordinasinya 26 negara dan aset-aset yang paling sofistikated dan di kawasan-kawasan yang paling terpencil di dunia.

Ini satu tanggungjawab yang cukup berat dan kalau ditanya apa juga penilaian kita, susah saya hendak buat perbandingan kerana  penanda aras  untuk mengatakan kita berjaya atau tidak, belum ada. Tetapi  saya tidak lari dari fokus utama iaitu akhirnya kita dapat mencari dan mengenal pasti  di mana pesawat MH370.

Dan pendirian  kita sentiasa konsisten iaitu melakukan dan membuat  satu-satu keputusan dan mengumumkannya  selepas ada  kemajuan  dan ada pengesahan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab  yang ada kepakaran dan mempunyai maklumat yang kukuh.

Itu tindakan kita daripada  hari pertama. Dan saya boleh berbangga kerana bukan sahaja kita konsisten dan tidak tergopoh-gapah, malah  dan kita mengikut semua petunjuk yang ada tanpa putus asa.



Antara kes Lahad Datu dan MH370, mana satu lebih mencabar?


HISHAMMUDDIN:  Lahad Datu lebih mencabar kerana kita tidak tahu apa dia ancamannya.  Dan yang keduanya,  pertimbangan yang paling sukar untuk saya hadapi ialah, jika silap keputusan pada ketika itu boleh menyebabkan lebih ramai terkorban.

Dan pada masa dan ketika itu  kita tidak mempunyai sokongan dan kepakaran daripada dunia. Saya secara peribadi merasa keseorangan. Dan maklumat-maklumat yang kita terima tidak boleh dikongsi bersama dengan orang ramai. Itu satu perkara yang  menyebabkan orang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Tapi kali ini dalam kes MH370 apa yang berlaku berlaku  adalah dalam keadaan sebenar (real time). Kita ketahui dunia perhati kita. Tidak ada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dapat sebarang pertunjuk akan dikoordinasi dan akan disahkan bersama oleh mereka yang pakar. Itu melegakan saya kalau hendak dibandingkan dengan Lahad Datu.



Pencarian MH370 kini terarah ke mana?


HISHAMMUDDIN:  Mencari MH370 bukan satu perkara yang mudah. Ia tanggungjawab kepada negara kita.  Rakyat Malaysia hari ini bersatu  tanpa mengira  kedudukan,  darjat, kaya miskin , tua muda, semuanya bersatu untuk melihat kepada satu penemuan MH370.

Situasi ini juga mendorong saya untuk meneruskan usaha. Melihat hari demi  hari. Untuk melihat jauh saya rasa agak sukar kerana tidak tahu sama ada objek yang dapat dikesan oleh satelit itu merupakan yang datangnya  dari pesawat MH370 atau tidak.

Kalau ia pun datang dari MH370, timbul satu lagi persoalan di mana kotak hitam? Dan apa yang penting sekarang ialah untuk mengesan pesawat berkenaan dan menjejaki kotak hitam itu. Dan adakah kotak hitam itu boleh dijumpai dalam masa 30 hari?

Kalau kotak hitam itu tidak dapat dikesan dalam tempoh 30 hari, apa pulak selepas itu? Kalau nak  pergi jauh sampai dua tahun macam Air France,  saya rasa sukar untuk saya tidur malam seperti yang sedang saya lalui sekarang…

sumber>SINI<
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger