Home » , » Gadis 17 Tahun dipaksa jadi GRO diselamat

Gadis 17 Tahun dipaksa jadi GRO diselamat


Klang: Seorang gadis warga asing berusia 17 tahun yang dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan sepasukan anggota polis dalam satu serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
(Gambar Hiasan)
Gadis berkenaan ditemui dalam sebuah pusat karaoke di Bandar Botanik, di sini, selepas pasukan berkenaan melakukan serbuan di dua premis berasingan sekitar kawasan itu yang berakhir awal pagi semalam.
Serbuan membabitkan lima pegawai dan 18 anggota itu bermula kira-kira jam 12 tengah malam membabitkan penahanan 11 GRO warga Vietnam dan Kemboja berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan pihaknya dengan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita diketuai Inspektor Ainy Rohaiza Ahmad Rakli.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah kafe di Jalan Kasuarina, di sini, membabitkan penahanan lima GRO warga asing dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis bersama dua lelaki warga asing masing-masing dari Nepal dan Pakistan bekerja sebagai pengawal,” katanya.

“Dalam serbuan itu kita turut merampas peralatan audio, cakera padat dan juga wang tunai RM420 dari premis berkenaan selepas mendapati pemiliknya menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Rohan berkata, serbuan kedua dijalankan di sebuah pusat karaoke yang terletak sederet dengan premis berkenaan dan dalam serbuan itu, seramai lima wanita warga Vietnam bersama seorang remaja tempatan berusia 17 tahun ditahan.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger