BESUT - Ketua bahagian sebuah syarikat perundingan telekomunikasi di ibu negara lemas ketika cuba menyelamatkan seorang pelancong asing yang dipukul ombak besar di Pantai Panjang Pulau Perhentian Besar hari ini.
Ketika kejadian, Kong Wai Yoong, 35, dari Bukit Templer, Jalan Tun Dr Ismail, Seremban, Negeri Sembilan sedang mandi di pantai berkenaan bersama-sama tujuh rakan.
Ketua Polis daerah Besut Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa dan rakannya tiba di pulau berkenaan petang semalam dan menginap di sebuah resort.
Beliau berkata Kong turun ke pantai itu untuk mandi pada kira-kira 4 petang bersama-sama rakan lain dan ternampak pelancong berkenaan nyaris lemas dipukul ombak besar.
"Mangsa cuba menyelamatkan pelancong berkenaan tetapi beliau terus dihanyutkan ombak ke tengah manakala dua rakannya, Snesh Verman, 29, dan Ivan George, 38, yang cuba untuk menyelamatkan mangsa, turut dihanyutkan ombak besar," katanya.
Ketiga-tiga rakan berjaya dibawa ke pantai oleh orang ramai tetapi Kong meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan manakala Snesh dan Ivan menerima rawatan awal di Klinik Pulau Perhentian sebelum dirujuk ke Hospital Besut.
Mereka ke Pulau Perhentian untuk berehat dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur esok. - Bernama
manakala seorang penunggang motosikal berusia 17 tahun terbunuh apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah bas ekspres di Kampung Apal, pagi tadi sementara seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang di hutan Sungai Tong semalam ditemui dalam keadaan selamat jam 11 pagi ini.Demikian antara kejadian di Besut/Setiu hari ini..
Catat Ulasan