SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
TERKINI Pesawat China kesan "objek mencurigakan" di lokasi pencarian
ABOARD IL-76 AIRCRAFT: Anak kapal pesawat IL-76 China mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi pada Isnin sewaktu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di luar pantai Australia.
Menurut agensi berita China Xinhua, korespondennya berkata, objek “putih dan berbentuk petak” itu dikesan pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude.
Lokasi itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia termasuk kapal pemecah ais China, Xuelong yang sedang berlayar ke sana.
Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.
Oleh kerana dua pesawat mencari dari China telah pun kembali, mereka telah memohon pihak Australia untuk menghantar pesawat lain bagi meneruskan pemeriksaan di kawasan tersebut.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-china-kesan-objek-mencurigakan-di-lokasi-pencarian-32438?cp
Labels:
MH370
Catat Ulasan