SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MALAYSIA NEGARA YANG KECIL TETAPI PEMIMPIN-PEMIMPINNYA BIJAKSANA
Insiden kehilangan MH370, menampakkan dengan lebih jelas, pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil namun tidak tunduk kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama berjaya menjaga hubungan antarabangsa.
Sebenarnya Malaysia mempunyai pemimpin-pemimpin, ketua pasukan keselamat dan perisikan yang menjawat jawatan tertinggi dalam negara yang hebat-hebat. Sejak dulu lagi Melayu memang bangsa yang bijaksana. Cekap dan cepat 'membaca suasana'.
Sekali gus, menolak spekulasi yang merendah-rendahkan kemampuan kerajaan Malaysia. Tambahan setelah menolak kerjasama dengan Interpol dan tidak terus membuta tuli menerima tawaran Iran. Sejak itu, Malaysia terus dihentam zionist Barat.
Syabas Malaysia! kerana tindakan itu sebenar tindakan yang sangat bijak. Bagi mereka yang memahami dan berfikir pastinya bangga dengan pendirian Malaysia dalam menghadapi krisis kehilangan pesawat MAS Boing 777-200 MH370.
Rakyat Malaysia yang mengikuti sejarah Tamadun Islam di Tanah Melayu pasti masih ingat kehebatan pemimpin-pemimpin Melayu dan kini Malaysia masih mempunyai jati diri itu. Bijak macam Sang Kancil.
Sejarah telah menunjukkan Melayu itu bangsa yang tidak mudah ditipu dan diperdaya, menyelesaikan masalah tanpa pertumpahan darah, mahir dalam perundingan dan tersendiri. Disitulah tuahnya Melayu. Iaitu di akalnya.
Mungkin selama ini ada yang tidak nampak apa yang kerajaan Malaysia lakukan adalah yang terbaik. Bila diceritakan tentang sejarah, ada yang tidak percaya. Sekarang lihatlah dan nilailah sendiri jika ada akal dan fikiran.
Sebenarnya Allah S.W.T tunjuk macam-macam, tapi kalau masih tak nampak itu salah diri sendiri kerana tidak nampak kebaikan, cuma nampak keburukan negara sendiri. Diharapkan mereka yang sedemikian diberi hidayah oleh Allah S.W.T.
Apa yang penting sekarang, bersatu hati menyokong kerajaan Malaysia dan pasukan keselamatan negara tanpa berbelah bagi. Itulah tanda rakyat yang sejati dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Disamping diiringi doa yang tidak putus-putus kepada Allah S.W.T, memohon rahmat kasih sayangNya dilimpahkan kepada kita semua, terutamanya umat Islam dan juga rakyat Malaysia seluruhnya yang sayangkan negara.
Doakan, pasukan keselamatan negara dan negara-negara lain yang ikhlas membantu, serta pemimpin-pemimpin negara sentiasa terus dikurniakan kebijaksanaan luar biasa oleh Allah S.W.T dalam menghadapi ujian ini.
Semakin hari, semakin ramai wartawan dari seluruh dunia yang datang dan bermacam soalan diacukan, namun jawapan yang diberi begitu konsisten. Itu sesuatu yang bukan mudah.
Sebenarnya kalau dilihat dari sudut positif, Malaysia diuji kerana Allah S.W.T sayangkan kita. Melalalui insiden ini, rakyat Malaysia akan semakin tabah dan kuat, serta bertambah banyak ilmu bagi yang mahu belajar.
Semoga semua mereka yang terlibat, samada yang hilang bersama pesawat atau yang berikhtiar menyelamat terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
Catat Ulasan