Home » , » USS Kidd tiba di barat Selat Melaka

USS Kidd tiba di barat Selat Melaka


KUALA LUMPUR: Kapal pemusnah peluru berpandu USS Kidd dari Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat tiba di bahagian barat laut Selat Melaka lewat tengah hari tadi bagi membantu usaha mencari pesawat MH370.


Kedutaan Amerika Syarikat di sini menyatakan pada masa ini, belum ada maklumat terperinci mengenai tugasan USS Kid di Selat Melaka.
"Hari ini tiada aktiviti penting untuk dilaporkan dalam usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370, dengan kami mengalihkan tumpuan kami dari Teluk Thailand ke bahagian barat laut Selat Melaka," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pesawat peninjau maritim Amerika Syarikat, P-8A Poseidon, dijadual tiba di kawasan itu esok untuk membantu usaha mencari itu.
"(Pesawat) P-3C Orion menamatkan cariannya hari ini di bahagian barat laut Selat Melaka di mana ia terbang kira-kira 1,000 batu barat dengan tiada apa yang penting untuk dilaporkan," kata kedutaan itu.

Pesawat MAS itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Sabtu lalu.

Pencarian antarabangsa yang masuk hari ketujuh hari ini masih belum menemui sebarang kesan pesawat itu.

Kedutaan Amerika Syarikat menyatakan ia akan terus memberikan maklumat terkini mengenainya, jika ada. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger