Home » , » Kerajaan Melaka tolak ‘Sultan’

Kerajaan Melaka tolak ‘Sultan’


Melaka: Kerajaan negeri menolak perakuan mana-mana individu mengaku sebagai Sultan Melaka sekali gus tidak mengiktiraf mereka yang kononnya mempunyai hak memerintah negeri ini menerusi sistem beraja.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara menerusi mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini, semalam.


“Kita sudah membuat keputusan secara berfakta untuk menolak sebarang usaha bagi mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak mengenai Kesultanan Melaka yang baru-baru ini digemparkan dengan upacara pertabalan raja Melaka kepada seorang individu.

“Apa juga bentuk dokumen yang ditunjukkan kepada kita adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima pakai termasuk sehelai kertas yang kononnya surat pengiktirafan dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya, di sini, semalam.


Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.


“Saya hairan mengapa ada lagi individu kurang siuman sekarang ini (untuk mengaku sebagai Sultan Melaka), malah individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ini tidak dilahirkan di Melaka pun dan saya difahamkan beliau turut menuntut untuk menjadi sultan di beberapa negeri lain,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger