Home » , » SURIRUMAH RUGI LEBIH RM60,000 DISAMUN DUA LELAKI DI RUMAHNYA

SURIRUMAH RUGI LEBIH RM60,000 DISAMUN DUA LELAKI DI RUMAHNYA


KOTA BAHARU, 9 Jan (Bernama) -- Seorang suri rumah disamun wang tunai
RM18,000 berserta barangan berharga bernilai RM27,000, oleh dua lelaki
bersenjatakan senjata tajam di rumahnya di Taman Desa Jaya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata penyamun itu turut
melarikan beberapa botol minuman keras pelbagai jenama (RM15,000) dan sebuah
telefon bimbit dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu.
Semasa kejadian mangsa Yip Nyok Len, 52, bersama pembantu rumahnya sedang
berada di luar kediaman mereka apabila didatangi dua lelaki yang mengacukan
pisau ke leher mereka, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata penyamun itu kemudian mengikat pembantu rumah mangsa, dan
mengarahkan mangsa masuk ke dalam kediamannya, lalu mengikatnya pula sebelum
mengambil wang tunai RM18,000, barangan kemas bernilai RM15,000, sebentuk jam
tangan jenama Omega bernilai RM12,
000 serta minuman keras dan telefon bimbit.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bertutur dialek Kantonis dengan
mangsa tetapi bertutur loghat Hokkien sesama sendiri. Wajah suspek tidak dapat
dicam kerana memakai penutup mulut dan topi. Suspek turut menggunakan dua bilah
parang," katanya.
Sementara itu Di KUALA KRAI, seorang peniaga kerugian kira-kira RM4,000
selepas disamun tiga lelaki yang berpura-pura membeli makanan ringan di kedainya
di Kampung Gatal, kira-kira 2.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Ab Rahim Che Ghani berkata dalam kejadian
itu, mangsa, Waeleemoh Hayeesamoh, 53, turut disembur dengan alat pemedih mata
sebelum suspek bertindak mengambil seutas gelang tangan yang dipakai pengadu.
"Suspek juga cuba untuk mengambil beg sandang mangsa bagaimanapun tidak
berjaya. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, seorang daripada suspek telah
bersedia di dalam kereta, manakala dua rakannya masuk ke dalam kedai sebelum
menyamun mangsa. Suspek dipercayai bersenjatakan parang," katanya.
Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 kanun Keseksaan
kerana rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun
dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
--(Bernama)
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger