Home » , » 'Takut balak haram'

'Takut balak haram'


ALOR SETAR - Kerajaan negeri diminta menjelaskan status aktiviti pembalakan yang kini sedang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.

Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasan berhampiran Lebuhraya Tekih (Trans Eastern Kedah Interland Highway) dari Durian Burung melalui Gulau, Sik ke Baling.
(Gambar Hiasan sahaja)
Susulan kerja penebangan itu, penduduk setempat berhadapan dengan masalah pencemaran alam sekitar seperti air sungai menjadi keruh, risiko banjir serta tanah runtuh.

Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim berkata, tinjauan awal yang dilakukan menunjukkan berlaku aktiviti pembalakan di lokasi terbabit.

Kekerapan lori keluar masuk membawa balak menimbulkan pertanyaan masyarakat sekeliling sehingga meminta isu terbabit diketengahkan ke peringkat atasan.

Menurutnya, walaupun hanya sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mereka mahu masalah itu diberi perhatian kerana melibatkan isu masyarakat.

“Jika diikutkan projek Tekih adalah projek Kerajaan Persekutuan, manakala balak di sepanjang laluan itu milik kerajaan negeri. Justeru kami minta kerajaan tampil memberi penerangan status sebenar
kegiatan pembalakan berkenaan, ke mana balak terbabit dibawa pergi?

“Apakah nama syarikat balak diberikan konsensi pembalakan itu? Masyarakat perlu mendapat gambaran sebenar situasi yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, jika benar dakwaan hampir 1,000 hektar kawasan hutan ditebang bagi tujuan pembalakan sepanjang lebuhraya ini, berapa banyak premium yang diterima kerajaan negeri dan
kaedah pengiraan premium untuk se hektar kawasan konsensi balak.

“Mereka perlu menjawab sama ada berlaku penebangan balak di luar kawasan yang diluluskan. Ini berikutan ada laporan penduduk mendakwa berlaku kecurian balak secara serius. Adakah kerajaan negeri sedar tentang perkara itu dan apakah tindakan yang diambil,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger