Home » , » ‘Sekarang bukan musim kembung’

‘Sekarang bukan musim kembung’


Kuala Selangor: “Bukan kami suka-suka nak naikkan harga ikan. Tetapi, sekarang ini memang bukan musim ikan kembung.

“Sebab itulah, harga ikan kembung sekarang ini mahal,” kata peniaga di Pasar Nelayan Sungai Yu di sini, Rozilawati Hamzah ketika mengulas aduan orang ramai berhubung kenaikan harga ikan di seluruh negara. Dia yang sudah 10 tahun berniaga di pasar itu berkata, orang ramai perlu sedar harga ikan turut dipengaruhi tangkapan beberapa jenis ikan tertentu yang boleh diperoleh pada waktu tertentu. “Macam ikan kembung, kalau bulan terang, memang tiada bekalan ikan jenis itu. Ikan tertentu juga bergantung kepada waktu air pasang, air surut dan air mati. “Kalau air mati...maksudnya memang tiada bekalan ikan. Tetapi kalau kena pada masanya, bekalan ikan senangin di kawasan ini akan bertambah berkali ganda. “Ketika itu, harganya hanya RM24 sekilogram (sekg) berbanding ketika ini antara RM28 dan RM30. Macam sekarang ini kembung sukar didapati, jadi harganya lebih mahal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, kelmarin. Rozilawati berkata, peniaga di pasar itu menawarkan harga jauh lebih murah berbanding pasar awam memandangkan hasil tangkapan dibeli terus daripada nelayan. “Pasar ini bagi membantu nelayan di kawasan ini memasarkan hasil tangkapan terus kepada pengguna tanpa perlu melalui orang tengah. Jadi harganya tidak boleh didapati di tempat lain,” katanya. Sementara itu, peniaga di Pasar Awam Pasir Penambang di sini, Yow Kian Eck berkata, kenaikan harga ikan sepanjang Januari disebabkan kekurangan bekalan untuk menampung peningkatan permintaan barangan itu menjelang sambutan Tahun Baru Cina akhir bulan ini. Katanya, ia memandangkan kebanyakan nelayan laut dalam yang memiliki kapal dan bot besar akan mengurangkan aktiviti sepanjang musim perayaan itu. “Orang ramai akan kata peniaga secara suka-suka menaikkan harga. Sebaliknya, mereka tidak faham bahawa harga bergantung kepada bekalan,” katanya
--Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger